Resources

MY PETS


Ni lah yg jadi bidan terjunnya...., time Putt beranak.. Mak Bidan Tijah Nett hehehe... kita orang tidur lagi.. so si Mak Bidan Tijah Nett ni pun mengiow2, ingatkan nak makan, kata kat dia nanti dulu Nett, jap lagi mama bangun kasi makan ya.... so dia hilang sabar agaknya terus menjinjing salah sekor anak Putt ke tempat tidur, oooooooooooooooo... barulah tahu yang dia nak inform kita orang yang Putt dah beranak.. Besar sungguh kuasa dan ciptaan Yang ESA.. Allahuakhbar! Bijak sungguh anak mama ni.. Alhamdulillah!

Apa lagi terus bangun.. dan bersihkan apa yang patut...

Nett a.k.a Mak Bidan Tijah
Pagi ni 23/03/2012 jam 10:00 pagi.. anak manja kita org yang sekor lagi ni, PUTT a.k.a Gegirl, buat pertama kalinya selamat melahirkan 4 ekor kittens. Biasalah mestiilah COMEL kan??? 1 lite brown, 1 lite brown campur dgn white, 1 white (macam mommy nyer laa..) & 1 lagi lite black/ dark grey with stripe. Jantina lom tau lagi.. gambar pun x dpt ambil lagi.. Nampak gaya mommy muda ni masih penat dan kagum dgn baby2 dia.. almaklum PUTT muda lagi. Tapi kita orang bangga sebab dengan izin ALLAH swt dpt kita orang bela dia dari dia baby smpi skrg dh jadi mommy muda.. (Tu yg garang semacam.. mcm rimau bernak mudak.. kan garang hehehhee..) Semoga ALLAH swt memelihara kesihatan dan beri umur yg panjang kpd PUTT & Kucing2ku yg lain. Alhamdulillah rezeki ni ALLAH yg bagi, walaupun pun pahit jerih insyallah kita orang akan kuatkan semangat menjaga amanah ni.









20/02/2012 @ 16:45hrs ada orang letak 3 ekor anak kucing di bawah tingkap bilik rumah saya. Oleh kerana kesian sebab dia orang lapar, sejuk dan comot, saya pun ambil dan bawak masuk ke dalam rumah. Kesian betul laaa.. samapi hati betul orang yang dok buang buang merata ni.. tak de hati perut lansung, Dipisahkan dari ibu dan adik beradik yang lain disaat mereka masih memerlukan susu ibu untuk meneruskan hidup. Apa tujuan orang yang buang tu kalau tak kerana memang ada niat biarkan mereka mati kebuluran kan????? Ko jawap sok kat akhirat...

Hancur luluh hati ni bila tengok dia orang ni... cer korang tengok...




kan.. kan .. kan.. sedih kan..!
Lom ada nama lagi... kalau tak silap perhitungan (hehehe.. tukang ramal jantina) semuanya jantan tu.. eemmm bermenantulah kami lagi nanti hehehe..
Saya doakan semoga dia orang sehat dan panjang umur dan ceria bersama kami sekeluarga. InsyAllah.

p/s ; sebenarnya tadi dah pun post kat Facebook tapi saja lah kan nak menghayati lagi perasaan dalaman ni so post la lagi kat blog ni... lagi pun hari ni hari dia orang dapat publisiti kat internet. Saja.. bagi can..! :-)



29/01/2012 @ 2:45 am - 4:45 am, My lovely Nett selamat melahirkan 5 kittens yg comel. Semoga Nett dan semua anak anaknya sehat dan panjang umur. Semua kittens belum bernama lagi, sebab masih terlalu baru, jantina pun tak nampak sangat. Tunggu next week...








NETT sayang mama... tak lama lagi mommy nak bagi mama baby lagi.. sekarang ni mommy sedang sarat tapi tetap anggun dan comel.
Semoga kali ini, anak anak Nett akan sehat, comel dan panjang umurnya. Ameen.
Posted on 26/01/2012




Blacky bila dah lapar, makan tak pandang kiri kanan lagi...
Posted on 26/01/2012



 


Putt... gegirl mama yang selalu noti2 tuuuuu. Rajin tengok mama masak. Nak belajar ke??? Nak kacau mama nii..sayang?
Posted on : 26/01/2012








REST IN PEACE - KUNING
Kuning memang tak sempat kami nak kenal lama. Selepas kami terjumpa dia dan Putt di belakang KFC, Paragon Point Ampang dulu, dia nampak dah lemah sebab entah berapa lamalah dia orang kat situ dibuang oleh tuannya. Size badan masing masing lebih kurang besar tapak tangan jew. Tarikh dan masa sebenar Kuning mati pun tak ingat tapi nak dekat setahun dah dia tak ada.

REST IN PEACE - LALA
LaLa tiba tiba saya jumpa dalam kotak dah mati pada 07/10/2011 @ lebih kurang pukul 5:30 petang. Entah mana salah silapnya kami pun tak tahu. Dah suratan umurnya setakat itu saja dengan kami.

REST IN PEACE - E'TODD
E'Todd, salah satu lagi kucing kesayangan kami sekeluarga, telahpun tinggalkan kami, malam tepat pukul 23/10/2011 @ 9:10 malam. Apa apa pun redha juga.. mungkin E'Todd hanya dipinjamkan untnk kami sekeluarga menumpang kasih.

REST IN PEACE - MUEZA
Intan - 31/10/11 @7:00 malam mati lagi seekor anak kucingku.. Dia tak mau makan & tak minum lebih kurang 2 hari laa..My husband sedih sangat.. Apa2 pun kita orang redha.. Rest In Peace Intanku sayang yg sgt comel, tapi sayang umur tak panjang.

REST IN PEACE - LULU
LuLu pulak mengikuti jejak langkah adik beradiknya yang lain, 16/11/2011 tepat pukul 5:30 petang dia pergi setelah sakit (lemah & mata bernanah). Bagi ubat dan rawatan tapi sudah kehendakNya. Sempatlah semalam kami tidur bersama sama. Semoga LuLu tenang beristirehat yang panjang, anakku.

REST IN PEACE - TATA
TaTa pulak menyungsung LuLu. Hari ini 23/11/2011 lebih kurang pukul 10:00 pagi TaTa pun pergi jugak akhirnya. Sama simptom dengan LuLu. Tak tau mana dan apa lagi nak buat, lepas seekor, seekor yang pergi tinggalkan kami. Nak buat macam mana, kami dah usaha sedaya upaya menyelamatkan mereka.

REST IN PEACE - LOLO
Hari ini, 06/12/2011 lebih kurang pukul 07:45 malam LoLo pun pergi tinggalkan Papa, Mama & Mummy Nett. Simptom penyakit yang sama. Saya dah tak tau nak cakap macam mana dah. Sudah ketentuan dari Illahi.

REST IN PEACE - CHUCHU
Hari apa yang sebenar ChuChu mati kita orang pun tak tahu, sebab asalnya ChuChu ni ialah kucing jiran kita orang yang manja sangat selalu datang rumah, makan dan tidur. Kadang kala ada jugak suami tolong mandikan dia adik beradik (ChuChu & ChaCha) Mula mula ChuChu lemah, tak nak makan dan minum, keesokkan harinya dgr kabar dari tuannya yang sebenar mengatakan yang ChuChu dah tak ada lagi.. dalam minggu lepas la kiranya ChuChu pergi buat selama lamanya.. Patutlah suami rasa pelik, dah lama sebenarnya ChaCha & ChuChu tak singgah rumah lagi. Tapai hari yang dia sakit tu suami jumpa dia tengah memandang pintu rumah kita orang (dalam keadaan lemah) sempatlah kami menghabiskan sisa sisa hidup ChuChu di rumah kami. Dia tidur semalam di rumah, masa ni lah suami bersihkan hidung dia yang tersumbat, baru nampak dia lega bernafas. Entah berapa lama lah dia berkeadaan begitu. Dia jarang sukan nak balik rumah tuannya tetapi lebih suka berlegar legar di gerai depan block tu. Kesian ChaCha dah tak ada kawan bermain. Dia orang ni 4 beradik tapi 2 ekor lagi dah ada orang bela, katanya.

ChaCha (right) & ChuChu
Kepada semua 'anak anakku' PaPa & Mama hanya nak kata "TQ for being with us.. walaupun sekejap saja".

NAMA NAMA KESEMUA KUCING KUCING KESAYANGAN SAYA

Nett (Princess & The Most Loyal) 
Kiki (Abang & The Most Mighty) 
Putt (Gegirl & The Most Adorable Virgin) 
Blacky Jr. (Boboy & The Most Eligible Bachelor)

AL- FATIHAH - REST IN PEACE 

Kuning (The Mischievous) 
E'Todd (The Wisest) 
Tomey (The Most Agile) 
Totet (The Cutest) 
Blacky I (The Most Bushel) 
LaLa (The Prettiest) 
Mueza (The Most Charming) 
LoLo (The Most Agile) 
LuLu (The Coquettish) 
TaTa (The Cheerful)
ChuChu

So, cuma ada 4 ekor yang tinggal, itu pun Kiki dah mula banyak main main di luar rumah, hanya balik untuk makan & minum dan kadang kadang tu tak balik rumah pun. Risau, takut kalau2 Kiki mula rasa selesa di luar tu (tidur bawah kereta).

Sekarang. KiKi dah mula kerap pulang ke rumah, tidur pun dah kat rumah dah. Syukur Alhamdulillah.

Nett 

KiKi (dah hilang sebulan)
11/01/2012
TAPI SEKARANG KIKI DAH HAMPIR SEBULAN TAK NAMPAK KELIBATNYA PUN.. ENTAHKAN HIDUP KE ENTAHKAN SEBALIKNYA... KALAU ADA YANG MENGAMBILNYA, AKU REDHA..SEMOGA DIA DIPELIHARA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN PENUH KEMANJAAN SEPERTI MANA YANG PERNAH KAMI BERIKAN KEPADANYA. DI HATI KAMI MASIH TETAP MENGHARAPKAN KIKI PULANG KE RUMAH SUATU HARI NANTI.

HARI INI, 12/01/2012 TEPAT PUKUL 10:15 MALAM, KAMI SUAMI ISTERI BERJAYA MENJUMPAI KIKI DI SALAH SEBUAH RESTORAN MAMAK  DI KAWASAN RUMAH KAMI (PADAHAL SELALU LEPAK MINUM TEH TARIK, TAPI EN. HUSBAND TAK PULAK TERPANDANGKAN KIKI, MUNGKIN BELUM REZEKI AGAKNYA, MASA TU.) INI SEMUA HASIL DARI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH JIRAN SEBELAH RUMAH . TERIMA KASIH YA ALLAH TERIMA KASIH JUGA PADA JIRAN YANG PRIHATIN TU. HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA. SEKARANG KIKI DAH SELAMAT PULANG KE RUMAH, DIA SANGAT KURUS. KAMI BERI DIA MINUM SUSU, DIA MINUM DENGAN GELOJOH, MAKAN PUN BEGITU JUGA. ENTAH MAKAN MINUMNYA MUNGKIN TAK TERJAGA, YA LAH RESTORAN TU MEMANGLAH ADA BANYAK MAKANAN, TAPI MUNGKIN UNTUK MEMBERIKANNYA PADA SEEKOR KUCING BOLEH MENJADIKAN MEREKA JATUH PAPA AGAKNYA.


APA APA PUN, KAMI BERSYUKUR KEHADRATMU YA ALLAH KERANA TELAH MENGABULKAN PERMINTAAN SERTA MENGIZINKAN KAMI UNTUK TERUS MEMBELA KIKI YANG AMAT AMAT KAMI SAYANGI.


PuTt

BlacKy Jr.

Kuning 

LoLo 

LaLa 




Gambar Tomey, Totet & Blacky the 1st saya akan upload kemudian. Sebab nak cari folder dulu.

Akhirnya jumpa jugak folder gambar2 Blacky (Senior), Tetot a.k.a E'Todd, Tomey dan Totet. (Sedih bile tengok..)

E'Todd 




















































4 comments:

  1. Sedih, byk yg dh RIP. Hrp u sbr.

    ReplyDelete
  2. Sedeynya citer akak...sy pun ada menjaga kucing bagaikan anak sendiri, kalu kiranya sy nie dh jd moyang sbb kucing sy ramai dh beranak..dari mak, smplah baru-baru nie cucu sy beranak lagi...yg lain,si mak, ayah dia dh lama mati...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kucing2 ni menumpang kasih syg kt kita tp sebenarnya kita yg menumpang manja kat mereka ni...kalau terlihat kelibat kucing terbiar rasa nak menangis lihat nasib mereka...sedih...perasaan ni kami kongsi anak beranak..nak ambil bwk balik bimbang tak termampu nk menjaganya...kat rumah pernah ada 12ekor kucing...ada yg mati n hilang...sekarang ni tinggal 5 ekor...lg sebulan kami nk baik semenanjung..rasa risau mana nk kami tempatkan kucing2 ni...sedih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts