Kek Suji |
Bahan bahan
160 gm tepung suji (kisar halus)180 gm susu segar penuh krim/ susu rendah lemak
250 gm mentega (saya selalu guna Buttercup)
170 gm gula kastor (kalau tak ada, ambik jew gula biasa, lepas tu, kisar halus)
5 biji kuning telur (telur size sederhana)
Secubit garam
120 gm tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri, serbuk penaik tu, tak payah letak lagi)
½ sudu kecil serbuk penaik
100 gm serbuk badam
1 sudu kecil esen vanila
3 biji putih telur (size sederhana)
60 gm gula kastor
Sedikit Gajus (jika ada/ suka)
Cara cara menyediakan:-
Mangkuk Adunan I
Pukul gula, mentega dan garam hingga gebu.
Masukkan kuning telur, satu persatu, dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan susu dan esen vanila, kacau lagi.
Masukkan tepung suji, tepung, serbuk penaik dan serbuk badam.
Pukul hingga sebati.
Mangkuk Adunan IIPukul hingga sebati.
Pukul putih telur dengan gula kastor hingga gebu.
Tuang adunan putih telur ke dalam Adunan I dan kacau hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang pembakar dan tabur gajus di atasnya (tapi, saya terlupa nak beli gajus).
Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.