Kenapa dipanggil Kek Pelangi Sempoi....?? Walaupun sebenarnya macam kek marble kan? Sebabnya warna2nya semuanya warna2 pelangi
Bahan bahannya:-
250gm mentega
2 cawan gula castor
3 cawan tepung gandum *
2 sudu besar baking powder *
1/2 sudu teh garam halus *
5 biji putih telur
1 sudu besar vanilla
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar perahan juz lemon segar
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Sedikit lemak sayuran untuk menggris
Cara cara penyediannya:-
Panaskan oven ke 350 darjah.Griskan baking-tray size 9-inci dengan lemak sayuran. Alaskan dengan kertas minyak; gris sekali lagi dan ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, ayak dan gaul tepung, baking powder dan garam, ketepikan. Di dalam mangkuk pengadun elektrik, putar sehingga putih mentega dan gula. Perlahan-lahan tambah putih telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati.
Masukkan vanila dan perahan jus lemon, kacau lagi. Tambah campuran tepung dan susu berselang-seli, bermula dengan tepung dan berakhir dengan susu. Gaul perlahan.
Bahagikan adunan sama rata antara enam mangkuk sederhana. Letakkan pewarna makanan setiap mangkuk,kacau dengan sudu.
Tuangkan adunan bewarna mengikut kreativiti anda atau mencorakkannya dengan mencarik carik menggunakan sebatan lidi satay (masa ni saya dah malas nak carik lidi satay hehehehe ..), selepas itu bolehlah dibakar.
Apabila sudah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkannya di redai; biarkan selama 10 minit.
Apabila sudah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkannya di redai; biarkan selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment