Resources

Wednesday, January 11, 2012

HOMEMADE ROTI PARATHA/ ROTI CANAI

Bahan-bahannya:-
1/2 kg tepung gandum
250 liter air *
1 biji telur *
3 sudu besar susu pekat manis *
1 sudu kecil garam halus *
1 sudu besar mentega *


Nota
Sediakan sedikit  tepung gandum untuk ditambah jika adunan tepung terlembik.

Cara-cara penyediaan:-
Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.

Mula menguli hingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit. Kemudian uli lagi selama lebih kurang 5 minit.

Ulang langkah langkah menguli sebanyak 3 kali. Selepas itu doh akan mula agak sedikit kental dan tidak melekat di jari mahupun di mangkuk adunan. 

Kalau masih dirasakan ianya agak lembik, bolehlah ditambahkan dengan sedikit tepung yang diketepikan tadi. Uli lagi. TAPI jangan terlebih menguli, ianya akan mengakibatkan roti paratha/ roti canai anda liat dan keras.


Sesudah semua proses lengkap, mula bentukkan doh  menjadi seperti sebiji bola tennis sambil dioles dengan mentega setiap sebiji agar tidak melekat apabila disusun di dalam bekas. Rehatkan bola bola tadi untuk selama 3 jam atau lebih sedikit dan boleh dicanai dan dikibar seperti yang biasa kita lihat di gerai gerai/ restoran mamak.

Goreng sehingga garing dan berwarna agak keemasan. Angkat dari kuali dan tepuk tepukkan dengan kedua tapak tangan supaya roti paratha/ roti canai kita gebu dan lembut. 

Cubalah... sedap dihidangkan bersama dengan kuah kari dal, sambal sardin ataupun sambal tumis.











Ianya juga boleh dibuat roti telur atau murtabak dengan hanya melengkapkannya dengan telur, bawang dan juga daging cincang. Tidak ketinggalan, roti tisu juga sedap dengan adunan ini.

(MAAF MUTU GAMBAR TIDAK MEMUASKAN)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts