Resources

Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Salam Maal Hijrah 1433H untuk semua rakan taulan. Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan buat kita lebih jauh melangkah maju dalam apa jua bidang yang diceburi, diberikan kesihatan yang baik, juga agar dilanjutkan usia hendaknya. Amin.

Tuesday, November 22, 2011

KUCING OH KUCING

Image courtesy of Google
Mintak maaf lah ... kalau dulu saya ni memang tak boleh dekat dengan kucing lansung, apatah lagi nak main dengan kucing. Pendek kata sepatah haram tak tau dan tak mau ambik tahu pun apa2 pasal kucing. Kalau pi makan kat restoran mamak ke, gerai ke.. ada jew melintas Cik Cing mesti saya terus pi menyangkung atas bangku. Buruk betul perangai teman ni duluuuu... bila kenang2 wat malu jew.

Tapi..... tu dulu. saya berubah persepsi pada kucing pun baru setahun yg lepas. Baru lagi. Ni pun semua atas berkat dorongan dari suami dan anak anak. Dia orang memang nak bela kucing dari dulu lagi, tapi aku jew yang dok tahan2. Sebab takut dan geli.. konooooonnnnn (aku pun naik menyampah kalau diingat2 balik) Pernah cuba dulu bela sekejap (kucing jumpa) anak saya dah excited habis, sampaikan pi beli crackers packet besar lagi, siap dengan mice (toy). Pun saya gagal untuk dekatkan kucing dengan diri saya. Kesian gak tengok anak dan suami, tapi  memang tak boleh nak buat apa apa pun. Perasaan belas tu ada, tapi perasaan sayang dan nak bela, tak ada. Saya tak mau jadi hipokrit, just tell them straight.

Tapi diam tak diam baru baru boleh terima kucing, saya ada bela 13 ekor semuanya walaupun 7 darinya dah pergi tinggalkan saya, dia orang cuma bagi saya kesempatan yang sekejap nak mengenali spesis mereka yang istimewa dan manja ni). Saya bersyukur kerana sekarang ni memang tak boleh ternampak mereka dianiaya, ditendang, atau diapa2kan sekali pun. Hati akan jadi sayup dan hiba naturally. That's the beauty yang Allah s.w.t bagi. Sekarang ni  berkat join sana join sini (kelab kucing) bertambah sikit pengetahuan tentang kucing, walaupun masih banyak yang saya perlu tau. TQ kat semua kawan kawan yang terbabit.

At least saya sekarang dah pandai mandikan kucing, beli food untuk dia orang, beli ubat dan pernah jadi assistant mak bidan lagi, 2 kali woooo (suami yang jadi pak bidan).. ni semua hasil tunjuk ajar suami dan kawan kawan jugak. Terima kasih sekali lagi kat korang sume. Dan syukur alhamdulillah sekarang aku dah tak geli dan takut kucing lagi. :) Semua yang dalam jagaan, dah saya anggap macam anak sendiri hehehhe..

EMAK AYAH & ABAH EMAK

Idea nak menulis ni datang tiba tiba bila boring tadi, time tengah belek belek gambar gambar lama emak dan ayah (allahyarham) dan juga mak mertua dengan abah mertua (allahyarham). Kedua dua belah keluarga kita orang ni, dah tak ada AYAH lagi. Al- fatihah buat kedua dua arwah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan yang beriman.

Arwah Ayah & Mak
Arwah Abah & Mak Mertua

Alhamdulillah panjang jodoh mereka, dapat membesarkan kami. Kasih sayang mereka hanya dipisahkan oleh ajal yang dijemput Allah s.w.t. Dan tentunya banyak kisah suka duka, ketawa geli geli hati pun ada kalau saya duduk dengar pengalaman mak mak saya ni. Mana taknya, ada yang begitu ada yang begini, ada yang angin timur laut ada yang angin barat daya, pendek kata semuanya adalah. Tapi itulah asam garam yang tak boleh tidak kita kena tempuh juga. Tengoklah betapa cekalnya hati serikandi serikandi saya ni, mereka berdua begitu taat melayan keperluan suami dan tuntutan agama serta anak anak. Hanya Allah s.w.t. yang akan membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Ayah dan abah pun ada pengorbanan mereka jugak, kalau tak mana laa.. kami ni dapat menuntut ilmu, dapat mengenal dunia dan sebagainya.

Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga rumahtangga saya, adik adik, saudara mara, ipar duai, anak anak buah dan juga sahabat handai akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudah mudahan mereka yang kita kahwini ini akan jadi sahabat sehidup semati yang paling setia di sisi kita. Insyallah. Sebab tu, sifat percaya, ikhlas dan jujur penting dalam rumah tangga ni. Inilah nasihat yang diberikan pada saya oleh kedua dua serikandi saya (emak & mak mertua ler..). After all, saya ni hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan, so kena banyak jugak menuntu ilmu dari orang orang lama ni. Kena banyak bertanya.

Alhamdulillah berbaloi baloi, ikut nasihat ni. Sekarang saya dikurniakan 2 orang anak lelaki yang baik budi pekerti dan sudi mengambil berat tentang kami yang dah tua ni. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah! Tak lupalah jugak suami yang penyayang dan selalu ambil berat tentang saya ni walaupun saya dah semakin 'kertu' hehehe... Kita tak perlu asyik nak kenakan kuasa vito ke atas anak anak kita takut nanti dia orang akan rasa tak selesa. Tak semestinya bila kita friend2 dengan anak anak ni, dia orang akan naik tocang (anak yg no. 1 tu bolehlah naik tocang sebab rambut dia panjang, tapi yang no. 2 ni macam mana nak tocang, rambut ala abang2 gitu). Mintak2 janganlaaaah, simpang! Mula2 tu saya risau kalau salah cara  didik anak2 sebab kita orang amalkan sikap friend2 la.. (faham ker?), tapi suami selalu nasihat, amalkan sifat hormat menghormati, cuba faham satu sama lain dan jangan banyak sangat interfere hal peribadi anak anak, Insyallah anak anak akan lebih menghormati, menghargai kita sebagai orang tua dan fikir sejuta kali kalau nak bikin benda tak senonoh. Tak payah vito2 bagai... perasaan segan dan bersalah akan datang dengan sendiri kalau mereka ada/ nak/ dah pun melakukan sesuatu yang tak kena gaya haaa... yang ni pun mintak dijauhkan..

Alhamdulillah, anak anak saya setakat ini ok dan senanglah hati perut ni nak tidur malam. Bukan apa.. jaga anak lelaki pun sama jugak risikonya jaga anak dara. Ramai kawan kawan bilang yang senanglah saya nak handle, sebab anak anak semua lelaki. Ooooo no no no.. zaman sekarang ni sama aje, lelaki ke perempuan ke, tetap ada risiko yang tersendiri.. doa jew banyak2 supaya benda2 tak elok tak menimpa kita semua.
3 jejaka handsome dalam hidup saya (handsome ker???... )
Panjang jugaklah bercerita ni, anak anak dan suami kata.. "a'ah mama kan memang suka membebel"  huhuhuhu... tapi takpelah biar saya membebel dari saya menangis tak berlagu..

Sebelum habiskan coretan hari ni, saya ada satu ucapan....

Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang tersayang Khairi Aziz yang wonderful sebab selalu faham unbalance mood saya dan menerima seadanya saya ni almaklum kadang kadang tu saya pun ada perangai short circuit, manusia biasalah katakan hehehehe..  Terima kasih jugak buat anak anak mama Darwin & Darwiq sebab sudi ada dengan papa & mama dalam apa jugak situasi. Korang memang awesome, hanya Allah yang dapat membalas semuanya sebab jadi anak anak yang best. Alaa... kancung sikit2 here and there tu biasalah.. I can take it, no sweat nyer..!

Selain dari anak anak, ada jugak kucing kucing yang paling sayang gilerz.. time2 sunyi dia oranglah jadi pak lawak dan pak punah (sebabnya ialah pak aji & mak aji kemetot kat umah ni selalu punahkan bunga dengan pasu pasu sekali)Hanya ucapan syukur tak terhingga dapat dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi peluang berharga ini. 


Monday, November 21, 2011

SOTONG MASAK HITAM


Bahan bahan: 
1/2 kg sotong (size besar atau sederhana) potong mengikut size yang dikehendaki & dakwat hitam di dalamnya jangan dibuang.
Bahan dikisar halus: 10 tangkai cili kering, 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan 1/2 inci kunyit hidup.
Bahan hiris: 1 biji bawang besar/ bawang kuning, 1 tangkai serai, 2 biji cili merah dan 2 biji cili hijau.
Minyak
Garam
Gula.

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi atau pecah minyak. 

Kemudian, masukkan sotong, garam dan gula. Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong jadi liat. Kacau lagi sehingga dakwatnya pecah. 

Akhir sekali, masukkan bahan bahan hiris dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebentar biar sebati. 

Tak payah guna air sebab nanti sotong akan mengeluarkan air, kalau banyak sangat air takut tak pekat kuahnya nanti.
Sekarang dah pun siap, lauk untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!

Monday, November 14, 2011

PETUA BELACAN TAHAN LAMA


Bila belanja barang dapur, mesti belikan??? Packet besar lagi.... sebelum simpan macam tu aje, kalau nak stock belacan kita tahan lebih lama, goreng tanpa minyak dulu, hancur2kan belacan tu sampai jadi macam serbuk belacan, Kacau sehingga garing dan berbau harum. Padamkan api, sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara. Insyallah, belacan tahan lebih lama dari biasa. Pastu bolehlah buat sambal belacan ke.. sambal cicah air asam ke.. dan macam2 resepi yang berkaitan dengan belacaaaaaaaannnn...

Google


PETUA SENANG MENGHILANGKAN KEDUTAN KETIKA MENGGOSOK

Kalau nak senang gosok baju.. cuba ambil sedikit cecair pelembut fabrik campurkan dengan air ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan dibaju, seluar  mahupun kain tudung yang nak digosok. Selain mudah proses menghilangkan kedutannya.. ianya akan meninggalkan bau wangi pada pakaian. Di sini saya mencadangkan jenama Downy. Cubalah sendiri dan lihat hasilnya.


Sunday, November 13, 2011

PETUA EMPUKKAN DAGING DENGAN CARA MUDAH


Kari Daging
Kalau nak daging empuk sepenuhnya, apa kata cuba petua PPK ni.. PPK tu singkatan untuk Pondok Pondok Kayza laa.. Sebenarnya petua ni PPK dapat pun dari salah seorang kawan suami PPK. Beliau ni memang pandai memasak dan pelbagai petua PPK dah dapat dah. Okay, balik pada cerita daging kita tadi..letakkan lebih kurang 11/2 inci halia, 2 biji bawang besar yang dihiris dan juga sedikit garam ke dalam periuk yang sudah diisikan dengan daging dan air. Sukatan yang PPK bagi ni ialah untuk 1 kilo daging. Petua ni boleh jgk diikut kalau kita nak rebus paru.. cubalah.. Insyallah hasilnya takkan frustkan kengkawan semua.. Tadaaaa...... ni lah hasilnya, lepas rebus daging, saya masaklah kari....Selamat mencuba!

SUP KACANG TANAH (DIHIDANGKAN DENGAN NASI AYAM)

Sup Kacang Tanah
Semalam, En. Husband ada request nak makan nasi ayam.. kata siap jew.. terus makan dengan penuh selera, bertambah tambah nasi di pinggan.. tapi selalunya saya suka buat sup kacang tanah untuk dilawankan bersama sama dengan nasi ayam saya ni.

Kalau sup kacang tanah, saya masak ikut resepi paling ringkas ni...

SUP KACANG TANAH
  • Kacang tanah agak agak segenggam direbus sehingga empuk.
  • Bila dah empuk buangkan separuh dari air yang tinggal lepas tu tambah dengan air baru/ stok ayam, didihkan lagi.
  • Perasakan sup dengan garam.
  • Akhir sekali taburkan dengan daun bawang.
  • Siap untuk dihidangkan.

IKAN DOWRY MASAK LEMAK CILI API DENGAN KELEDEK

Resepi ni saya dapat dari seorang kawan yang memang pakar masak masakan kampung (beliau berasal dari Negeri Sembilan) tetapi resepi ni saya telah olah sedikit bagi menyesuaikan dengan selera saya yang tak makan ikan. Olrh kerana dapat galakkan dari suami untuk mencuba makan ikan, jadi saya rasa baik saya cuba makan ikan 'Dowry' fillet, saya beli yang frozen dari pasaraya. Alhamdulillah boleh tekak saya terima, tapi setakat ni, saya hanya boleh terima (makan) ikan pari saja selain dari ikan dowry tadi.. tak apa lah pelan pelan .... balik pada respi ni, sepatutnya menggunakan kambas (peria katak) pun juga saya dah tukarkannya kepada keledek putih (atas nasihat & idea kawan saya tu jugalah). Cubalah sendiri, masak untuk keluarga...sedaaaaaapppp!

IKAN DOWRY MASAK LEMAK CILI API DENGAN KELEDEK
Ikan Dowry Masak Lemak Cili Api dengan Keledek
  • 1 Paket Fillet Ikan Dowry (Frozen) - Defrost kan dulu & dipotong kecil
  • 10 batang Cili Padi Hijau - Ditumbuk halus
  • 1 inci Kunyit Hidup - Ditumbuk halus
  • Sehelai Daun Kunyit - Diracik 
  • 1 batang Serai - Diketuk
  • 1 batang Keledek Putih - Dihiris bulat
  • 1 mangkuk Santan
  • 1 mangkuk kecil Air
Cara Menyediakannya:
Satukan kesemua bahan (kecuali santan & fillet ikan) ke dalam periuk dan didihkan sehingga keledek empuk. Bila dah empuk baru masukkan fillet ikan, kacau sebentar dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

Akhir sekali, tuangkan santan pekat, kacau tapi jangan sampai mendidih (takut pecah santan). Agak agak dah keluar bubble sikit, padamkan api tapi harus terus mengacau dengan perlahan lebih kurang 5 minit. Sebab kepanasan periuk walaupun tampa api masih boleh memecahkan santan tadi. Untuk nampak lebih menarik, taburkan dengan sedikit lebihan daun kunyit. Haaa.... dah pun siap lauk kita. Selamat makan!

TEMPE KENTANG GORENG BERCILI


Tempe Kentang Goreng Bercili
Kentang & Tempe dipotong dadu dan digoreng.
Ikan Bilis & Kacang Tanah juga digoreng lalu diketepikan.
Minyak untuk menumis
Garam & Gula

Bahan Kisar
  • 11 batang cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • Sedikit Air Asam Jawa
Cara Menyediakannya:
Tumiskan bahan kisar sampai wangi dan pecah minyak. Perasakan dengan air asam jawa, garam & gula. Kacau rata.
Kemudian masukkan kesemua bahan goreng tadi dan kacau lagi sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

AYAM GORENG BEREMPAH & KACANG BUNCIS GORENG


AYAM GORENG BEREMPAH
5 keping potongan ayam digaul dengan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang dikisar halus, 1 biji telur, 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar tepung beras & 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Sebatikan. Kemudian perasakan dengan garam, sedikit serbuk lada hitam. Perapkan sebentar. Kemudian digoreng sehingga rangup.

KACANG BUNCIS GORENG
20 batang kacang buncis, 1 mangkuk kecila mempedal ayam, tauhu dan tempe (jika suka) digoreng dahulu dan ketepikan. Hiriskan 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan cili merah/hijau. Tumis kesemua bahan hirisan sehingga wangi. Campurkan kacang buncis yang sudah siap dihiris, mempedal ayam, tauhu dan juga tempe tadi. Perasakan. Dah siap..... Mudah aje!


ASAM PEDAS AYAM ALA JOHOR

Hari ini, teringin pulak nak makan Asam Pedas Ayam Ala Johor.

ASAM PEDAS AYAM 

Asam Pedas Ayam
Bahan bahan
1/4 ekor ayam dipotong kecil
1 mangkuk kecik daun kesum
1 batang terung dipotong menyerong
1 biji tomato dibelah dua
1 cawan air asam jawa
1 cawan air biasa
Minyak untuk menumis
Garam & Gula

Bahan dikisar halus
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • 1/2" kunyit hidup
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1" belacan
Cara cara menyediakannya:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi. Kemudian tuangkan air asam dan juga air biasa, masukkan ayam. Didihkan sehingga ayam empuk. Campurkan kesemua sayur sayuran ke dalam kuah dan perasakan. Siap untuk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts