Resources

Wednesday, August 8, 2012

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI DENGAN BELIMBING BULUH

Tiba tiba bulan puasa ni teringin pulak nak makan asam pedas ikan tenggiri. So, pergilah ke Carrefour cari bahan2 nk memasak. Finally dapat gak ikan tenggiri dengan belimbing, apa lagi, rancaklah saya @ dapur. Hasilnya ni lah... harum semerbak..!



ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI DENGAN BELIMBING BULUH

3 potong/ keping ikan tenggiri segar

(dicuci dengan limau/ air asam jawa tetapi jangan lama sangat nanti isi ikan kaan jadi terlalu anjal - tak sedap pulak). Sukatannya saya agak2, tak ada gm, tak ada kg hehehe..

Bahan Bahan
* Sengenggam cili kering (cili kering rasa lebih sedap berbanding menggunakan cili boh)
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Sedikit halia
* Sedikit kunyit
* Sedikit lada hitam (jika suka)
*
Kisar halus semua bahan *
1 batang serai - dititik

Sedikit daun kesum

2 batang terung kecil (belah dua dan potong menyerong)
Belimbing buluh (ikut sukalah nak letak berapa)

1 mangkuk sederhana air asam jawa

Sedikit garam dan gula juga tak lupa serbuk perasa

Minyak untuk menumis


Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar dan serai sehingga naik bau / pecah minyak.
  2. Tuangkan air asam. Didihkan sebentar.
  3. Masukkan kepingan isi ikan tenggiri tadi. kacau sedikit agar ikan tenggelam dan masak.
  4. Perasakan kuah tadi dan diikuti dengan bahan sayuran.
  5. Didihkan sehingga belimbing buluh kita lembut (tanda dah masak la tuu..)
  6. Tutupkan api boleh la dihidangkan bersama dengan nasi putih dan lawan lauk lauk yang seangkatan dengannya.. seperti sayur goreng, ikan goreng juga cencaluk tidak sesekali saya lupakan.. hehehe.
Hidangan Keseluruhan
Kacang Panjang Goreng Udang dan Tauhu


Tauhu & Ikan Tenggiri Goreng


Pajeri Nenas & Terung
Anggur
Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts