Resources

MY HOBBY


Selain memasak, kegemaran saya juga ialah mengumpul atau mem"beger" bahan bahan yang boleh dijadikan perhiasan di ruang tamu mahupun di dapur. Ada yang dihasilkan dari bahan bahan yang terbuang atau tidak dipakai lagi. Contohnya seperti kain perca/ kain lama. Selain itu pasu bunga juga boleh di "make over" dengan decoupage. Memandangkan saya ni agak kurang mahir (masih sedang belajar teknik teknik decoupage) so, hasilnya mungkin tidak seberapa tetapi ianya memberi impak yang besar pada diri saya, sebabnya berjaya menghasilkannya sendiri. Modal pun tak besar.

Pasu bunga kaca yang telah "decoupage" kan. Kalau tak, dah sure serabut nampak akar akar
tunjang pokok bunga tu..!

Frame ni asalnya memang untuk diletakkan foto foto keluarga, tetapi apabila saya terbaca  satu artikel yang mengatakan bahawa kita orang orang islam dilarang menggantung foto foto bernyawa termasuklah foto keluarga (selalunya kan orang orang kita suka pergi studio ambil gambar keluarga ataupun sewaktu sedang pegang ijazah). Ini kerana, malaikat rahmat tidak akan singgah ke rumah kita. Wallahualam. So, saya pun menggantikannya dengan gambar bunga kegemaran saya.



Table lamp ni saya beli di garage sale, masih OK lagi...  bila terpandang kain baju lama2 yang dah tak pakai tu match jew pulak dengan body kaler so, apa lagi capai gunting dan mula guna teknik decoupage.. naik sikit seri lampu ni..!

Haaa... ambik kau! Senduk senduk lama yang memang sah  tak mau pakai lagi sebab bahagian hujung senduk ni dah macam hangus terbakar (mungkin lama sangat berkhidmat di dapur saya ni..!) .. dari dibuang  baiklah saya  cat dan hias. Boleh dijadikan hiasan dinding dapur.

Alah.. koleksi kecil kecilan yang tak seberapanya ni..... Memang ada hasrat nak tambah tapi  belum jumpa  yang saya perkenan.. Whoops..!!! bukan tak perkenan dengan patternnya tapi... dengan harganya.... hehehe... walaupun minat, saya tidak akan berbelanja begitu aje..!
Yang ni pun sama... diantara koleksi yang di atas.. Tapi semalam baru pecah sebiji, saya yang terlanggar sebab masa tu pipe di sink, pecah, habis kucar kacirlah jugak keadaaan masa tu.. tu yang agaknya saya boleh terlanggar tuu... eeeemmmm Oh ya! Kayu gantung tu saya design sendiri .. cuma beli bahan bahan decor dan cat aje.. pastu mintak tolong En. Hubby pasangkan hook (skru gantung).

Setakat beberapa keping gambar koleksi ni saja yang dapat saya paparkan di ruangan HOBBY kali ni. InsyAllah akan bertambahlah koleksi saya dari hari ke hari nanti...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts