Resources

Sunday, November 13, 2011

IKAN DOWRY MASAK LEMAK CILI API DENGAN KELEDEK

Resepi ni saya dapat dari seorang kawan yang memang pakar masak masakan kampung (beliau berasal dari Negeri Sembilan) tetapi resepi ni saya telah olah sedikit bagi menyesuaikan dengan selera saya yang tak makan ikan. Olrh kerana dapat galakkan dari suami untuk mencuba makan ikan, jadi saya rasa baik saya cuba makan ikan 'Dowry' fillet, saya beli yang frozen dari pasaraya. Alhamdulillah boleh tekak saya terima, tapi setakat ni, saya hanya boleh terima (makan) ikan pari saja selain dari ikan dowry tadi.. tak apa lah pelan pelan .... balik pada respi ni, sepatutnya menggunakan kambas (peria katak) pun juga saya dah tukarkannya kepada keledek putih (atas nasihat & idea kawan saya tu jugalah). Cubalah sendiri, masak untuk keluarga...sedaaaaaapppp!

IKAN DOWRY MASAK LEMAK CILI API DENGAN KELEDEK
Ikan Dowry Masak Lemak Cili Api dengan Keledek
  • 1 Paket Fillet Ikan Dowry (Frozen) - Defrost kan dulu & dipotong kecil
  • 10 batang Cili Padi Hijau - Ditumbuk halus
  • 1 inci Kunyit Hidup - Ditumbuk halus
  • Sehelai Daun Kunyit - Diracik 
  • 1 batang Serai - Diketuk
  • 1 batang Keledek Putih - Dihiris bulat
  • 1 mangkuk Santan
  • 1 mangkuk kecil Air
Cara Menyediakannya:
Satukan kesemua bahan (kecuali santan & fillet ikan) ke dalam periuk dan didihkan sehingga keledek empuk. Bila dah empuk baru masukkan fillet ikan, kacau sebentar dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

Akhir sekali, tuangkan santan pekat, kacau tapi jangan sampai mendidih (takut pecah santan). Agak agak dah keluar bubble sikit, padamkan api tapi harus terus mengacau dengan perlahan lebih kurang 5 minit. Sebab kepanasan periuk walaupun tampa api masih boleh memecahkan santan tadi. Untuk nampak lebih menarik, taburkan dengan sedikit lebihan daun kunyit. Haaa.... dah pun siap lauk kita. Selamat makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts