"Selesai menonton AFC (Asian Food Channel) sambung pulak menonton movie bersama sama dengan Encik Husband. Sempatlah saya menyediakan skon yang saya kira amat ringkas tetapi sedap. Cuba sendiri baru tahu".
CHOCOLATE RICE SCONES
Bahan bahannya:-
125gm tepung gandum *
1 sudu teh serbuk penaik *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
Secubit garam
30gm gula halus
30gm mentega
(saya menggunakan Buttercup, terasa lemaknya)
10 sudu besar susu penuh krim
(saya menggunakan Dutch Lady)
2 sudu besar chocolate rice
(kalau nak guna chocolate chips/ buah buahan kering pun boleh)
Sedikit sus segar untuk sapuan di atas potongan scones.
Cara cara penyediannya:-
Panaskan oven pada suhu 180° Celcius.
Sediakan dulang pembakar, griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan scones melekat.
(langkah ini tidak perlu jika menggunakan non-stick baking tray)
Di dalam mangkuk adunan, bahan bahan yang bertanda * diayak terlebih dahulu kemudian gaul rata bersama dengan secubit garam.
Masukkan mentega yang dipotong menjadi kiub kecil.
(biarkan tekstur mentega agak keras, ini akan menjadikan adunan apabila diadun dan siap dipotong, akan kelihatan ketulan mentega di dalamnya)
Tuangkan gula halus, chocolate rice dan juga susu. Gaul hanya sebentar, sehingga adunan sebati.
(kerana jika digaul lama ianya akan mencairkan mentega dan juga chocolate rice)
Keluarkan doh dari mangkuk adunan, letakkan ia di atas papan canai dan bentukkan memanjang dengan ketebalan lebih kurang 3mm.
Potong bentuk segitiga setiap keping. Kalau nak terap dengan acuan berbentuk bulat pun boleh, terpulang masing masing.
Susun dalam dulang pembakar.
Sapukan susu penuh krim ke atasnya.
Masukkan ke dalam oven dan bakar untuk Lebih kurang 15-20 minit.
Apabila siap, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar di atas redai.
Ianya boleh dihidangkan begitu sahaja ataupun boleh juga dimakan dengan jem dan sebagainya. Bentuk dan rupanya mungkin agak tidak menarik akan tetapi saya jamin yang rasanya menepati citarasa minum petang anda sekeluarga.Jangan ikut macam saya sudahlah.., malam malam buta pun scones menjadi mangsa... :)
CHOCOLATE RICE SCONES
Bahan bahannya:-
125gm tepung gandum *
1 sudu teh serbuk penaik *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
Secubit garam
30gm gula halus
30gm mentega
(saya menggunakan Buttercup, terasa lemaknya)
10 sudu besar susu penuh krim
(saya menggunakan Dutch Lady)
2 sudu besar chocolate rice
(kalau nak guna chocolate chips/ buah buahan kering pun boleh)
Sedikit sus segar untuk sapuan di atas potongan scones.
Cara cara penyediannya:-
Panaskan oven pada suhu 180° Celcius.
Sediakan dulang pembakar, griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan scones melekat.
(langkah ini tidak perlu jika menggunakan non-stick baking tray)
Di dalam mangkuk adunan, bahan bahan yang bertanda * diayak terlebih dahulu kemudian gaul rata bersama dengan secubit garam.
Masukkan mentega yang dipotong menjadi kiub kecil.
(biarkan tekstur mentega agak keras, ini akan menjadikan adunan apabila diadun dan siap dipotong, akan kelihatan ketulan mentega di dalamnya)
Tuangkan gula halus, chocolate rice dan juga susu. Gaul hanya sebentar, sehingga adunan sebati.
(kerana jika digaul lama ianya akan mencairkan mentega dan juga chocolate rice)
Keluarkan doh dari mangkuk adunan, letakkan ia di atas papan canai dan bentukkan memanjang dengan ketebalan lebih kurang 3mm.
Potong bentuk segitiga setiap keping. Kalau nak terap dengan acuan berbentuk bulat pun boleh, terpulang masing masing.
Susun dalam dulang pembakar.
Sapukan susu penuh krim ke atasnya.
Masukkan ke dalam oven dan bakar untuk Lebih kurang 15-20 minit.
Apabila siap, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar di atas redai.
Ianya boleh dihidangkan begitu sahaja ataupun boleh juga dimakan dengan jem dan sebagainya. Bentuk dan rupanya mungkin agak tidak menarik akan tetapi saya jamin yang rasanya menepati citarasa minum petang anda sekeluarga.
nice nice nice food
ReplyDeleteTQ Steve.
ReplyDelete