Resources

Tuesday, November 22, 2011

EMAK AYAH & ABAH EMAK

Idea nak menulis ni datang tiba tiba bila boring tadi, time tengah belek belek gambar gambar lama emak dan ayah (allahyarham) dan juga mak mertua dengan abah mertua (allahyarham). Kedua dua belah keluarga kita orang ni, dah tak ada AYAH lagi. Al- fatihah buat kedua dua arwah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan yang beriman.

Arwah Ayah & Mak
Arwah Abah & Mak Mertua

Alhamdulillah panjang jodoh mereka, dapat membesarkan kami. Kasih sayang mereka hanya dipisahkan oleh ajal yang dijemput Allah s.w.t. Dan tentunya banyak kisah suka duka, ketawa geli geli hati pun ada kalau saya duduk dengar pengalaman mak mak saya ni. Mana taknya, ada yang begitu ada yang begini, ada yang angin timur laut ada yang angin barat daya, pendek kata semuanya adalah. Tapi itulah asam garam yang tak boleh tidak kita kena tempuh juga. Tengoklah betapa cekalnya hati serikandi serikandi saya ni, mereka berdua begitu taat melayan keperluan suami dan tuntutan agama serta anak anak. Hanya Allah s.w.t. yang akan membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Ayah dan abah pun ada pengorbanan mereka jugak, kalau tak mana laa.. kami ni dapat menuntut ilmu, dapat mengenal dunia dan sebagainya.

Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga rumahtangga saya, adik adik, saudara mara, ipar duai, anak anak buah dan juga sahabat handai akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudah mudahan mereka yang kita kahwini ini akan jadi sahabat sehidup semati yang paling setia di sisi kita. Insyallah. Sebab tu, sifat percaya, ikhlas dan jujur penting dalam rumah tangga ni. Inilah nasihat yang diberikan pada saya oleh kedua dua serikandi saya (emak & mak mertua ler..). After all, saya ni hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan, so kena banyak jugak menuntu ilmu dari orang orang lama ni. Kena banyak bertanya.

Alhamdulillah berbaloi baloi, ikut nasihat ni. Sekarang saya dikurniakan 2 orang anak lelaki yang baik budi pekerti dan sudi mengambil berat tentang kami yang dah tua ni. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah! Tak lupalah jugak suami yang penyayang dan selalu ambil berat tentang saya ni walaupun saya dah semakin 'kertu' hehehe... Kita tak perlu asyik nak kenakan kuasa vito ke atas anak anak kita takut nanti dia orang akan rasa tak selesa. Tak semestinya bila kita friend2 dengan anak anak ni, dia orang akan naik tocang (anak yg no. 1 tu bolehlah naik tocang sebab rambut dia panjang, tapi yang no. 2 ni macam mana nak tocang, rambut ala abang2 gitu). Mintak2 janganlaaaah, simpang! Mula2 tu saya risau kalau salah cara  didik anak2 sebab kita orang amalkan sikap friend2 la.. (faham ker?), tapi suami selalu nasihat, amalkan sifat hormat menghormati, cuba faham satu sama lain dan jangan banyak sangat interfere hal peribadi anak anak, Insyallah anak anak akan lebih menghormati, menghargai kita sebagai orang tua dan fikir sejuta kali kalau nak bikin benda tak senonoh. Tak payah vito2 bagai... perasaan segan dan bersalah akan datang dengan sendiri kalau mereka ada/ nak/ dah pun melakukan sesuatu yang tak kena gaya haaa... yang ni pun mintak dijauhkan..

Alhamdulillah, anak anak saya setakat ini ok dan senanglah hati perut ni nak tidur malam. Bukan apa.. jaga anak lelaki pun sama jugak risikonya jaga anak dara. Ramai kawan kawan bilang yang senanglah saya nak handle, sebab anak anak semua lelaki. Ooooo no no no.. zaman sekarang ni sama aje, lelaki ke perempuan ke, tetap ada risiko yang tersendiri.. doa jew banyak2 supaya benda2 tak elok tak menimpa kita semua.
3 jejaka handsome dalam hidup saya (handsome ker???... )
Panjang jugaklah bercerita ni, anak anak dan suami kata.. "a'ah mama kan memang suka membebel"  huhuhuhu... tapi takpelah biar saya membebel dari saya menangis tak berlagu..

Sebelum habiskan coretan hari ni, saya ada satu ucapan....

Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang tersayang Khairi Aziz yang wonderful sebab selalu faham unbalance mood saya dan menerima seadanya saya ni almaklum kadang kadang tu saya pun ada perangai short circuit, manusia biasalah katakan hehehehe..  Terima kasih jugak buat anak anak mama Darwin & Darwiq sebab sudi ada dengan papa & mama dalam apa jugak situasi. Korang memang awesome, hanya Allah yang dapat membalas semuanya sebab jadi anak anak yang best. Alaa... kancung sikit2 here and there tu biasalah.. I can take it, no sweat nyer..!

Selain dari anak anak, ada jugak kucing kucing yang paling sayang gilerz.. time2 sunyi dia oranglah jadi pak lawak dan pak punah (sebabnya ialah pak aji & mak aji kemetot kat umah ni selalu punahkan bunga dengan pasu pasu sekali)Hanya ucapan syukur tak terhingga dapat dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi peluang berharga ini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts