Saya pasti ramai yang suka makan donut. Tapi kali ni saya nak ajak buat donut sendiri di rumah.
Bahan bahan
500 gm tepung gandum
75 gm gula castor
1 paket yis segera
3 biji telur
2 cawan susu segar (disuamkan)
75gm mentega
Secubit garam
Cara cara menyedia
Campurkan kesemua bahan kecuali susu segar suam.
Gaul dengan tangan (kalau nak guna mesin pun ok) sehingga menjadi ala ala serbuk roti.
Kemudian tuangkan susu suam dan uli sehingga tidak melekat di jari dan juga di mangkuk adunan.
Selepas itu rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit (tutup mangkuk adunan dengan tuala/ kain), tunggu sehingga adunan naik 2x ganda.
Bila adunan sudah naik 2x ganda, uli adunan secara perlahan selama 1 minit.
Kemudian canaikan adunan dan terap. Susun atas dulang yang ditaburkan dengan tepung gandum, agar tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng donut sehinggat berwarna keemasan dengan api yang agak perlahan. Sejukkan sebentar.
Cadangan hidangan - Boleh ditabur dengan gula castor, gula icing, coklat, manik/ urai dan macam macam jenis kekacang yang menjadi kegemaran masing masing.