Resources

Saturday, August 24, 2013

NUGGET AYAM

Assalamualaikum...

Dah lama sangat dah tak berblogging dan share apa yang patut kat laman sesawang yg saya rasa memang dah bersawang sesangat ni.

Belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua yang masih sudi menjenguk laman Pondok Pondok Kayza ni.

Rasanya hari ni nak kongsikan aktiviti saya pada minggu lepas. Tiba tiba rasa macam nak buat sendiri "CHICKEN NUGGET" dalam bahasa melayunya... Nugget Ayam la kan???? Pe lagi ni lah resepi yang dipelajari di internet tapi adalah saya olah sikit2.


Bahan bahannya:

300gm dada ayam (chicken keel)
Dikisar (kalau payah sangat beli isi yang dah siap kisar pun boleh, cuma nanti tekstur nugget akan jadi ala2 mampat gitu..tapi ok jugak hasilnya)
1 sudu besar breadcrumbs
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/3 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar mayonaise
1/2 sudu kecil pes bawang putih *
Sedikit daun parsley cincang *
1/2 cawan parutan kasar mozarella cheese / cheddar cheese / blue cheese *
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

(Bahan2 yang bertanda * tu, kalau tak letak pun tak apa, sekurang2nya kita dah ada dua pilihan citarasa nugget)


Sedikit tepung gandum & 1 biji telur dikacau (untuk saduran & celupan)



Cara membuatnya:


Isi ayam dicampurkan atau digaulkan sebati dengan semua bahan kecuali telur dan tepung saduran.

Adunan ni agak melekit dan lembik sedikit. Kalau masa nak membentuknya nanti basahkan sikit tapak tangan dengan air tapi janganlah basah sangat. Mudahlah kerja. Bentuk tu, ikut citarasa masing2.

Susun dalam satu bekas yang besar, jangan susun bertimpa2 nanti melekat sebab bagi sikit masa proses breadcrumbs nak menyerap lembapan adunan dan sekaligus mengenyalkan bentuk nugget kita tadi. Agak2 dalam 10-15 minit.

Lepas tu baru boleh simpan dalam 1 bekas dan masukkan dalam peti sejuk.

Tapi kalau nak terus goreng pun boleh, tapi kenalah golek2kan dulu dalam tepung, biar rata dan kemudian celupkan dengan telur.

Goreng sehingga keemasan ataupun masak.

Dah siap pun homemade chicken nugget untuk keluarga.

Seakan2 begedil kan?? sebabnya saya gunakan method sama dengan begedil. Boleh juga dibuat style tempura iaitu hanya gunakan putih telur dan tepung gandum, pun boleeeeehhh....
       


Tak leceh pun..senang dan ringkas sebenarnya kalau dah expert. Cubalah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts