Tadi sempatlah jengah2 ke blog Cik Puan Embun Rosaliza (http://embunrosaliza.blogspot.com/). Tiba tiba minat nak mencuba salah satu resepi yang ada di halaman blog beliau. Resepinya bertajuk KEK COKLAT MINYAK. Maaflah ye Cik Puan Embun Rosaliza, adalah saya olah ataupun tukar sikit bahan2nya. Tapi dun worry.. tak banyak pun hehehe... Ianya juga telah saya olah dari segi bentuk serta hiasannya. Inilah hasilnya.
Apa2 pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat tuan punya blog dan juga pemunya asal resepi ini (seperti yang telah dinyatak di dalam blog Cik Puan Embun Rosaliza), kerana dengan ilmu yang sudi dikongsikan bersama ini, dapatlah saya "berKEK COKLAT dalam cawan" gitew...!
CHECK IT OUT .... CHECK IT OUT....
Bahan bahannya:-
2 1/3 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bicarbonat *
1 cawan serbuk koko *
Secubit garam
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar penuh krim (low fat pun boleh laa..)
3 biji putih telur
Sedikit esen vanilla
15 biji Paper Cup Cake
Cara cara penyediannya:-
Panaskan oven terlebih dahulu dan aturkan Paper Cup Cake ke dalam loyang pembakar dan ketepikan.
Sementara itu ayakkan bahan2 yang bertanda * gaul rata. ketepikan.
Dalam blender jar, kita campurkan gula, minyak jagung, susu, putih telur, esen vanilla dan garam, lalu diblend sehingga adunan kelihatan berbuih.
Kemudian, tuangkan ke dalam bekas dan campurkan bahan bahan kering yang siap diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan balloon whisk supaya tidak bergentel.
Balloon Whisk |
Masukkan sebanyak 2 sudu besar ke dalam setiap Paper Cup dan bakar dengan suhu 180' Celsius selama lebih kurang 30 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dengan krim coklat.
Bahan bahan untuk krim coklat:-
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar mentega
1 sudu besar gula icing
1/3 cawan susu segar penuh krim
Cara cara penyediannya:-
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api yang kecil.
Mesti terus mengacaunya menggunakan balloon whisk.
Tutup api bila sudah agak pekat adunan tadi.
Sejukkan sebentar.
Sekarang bolehlah disapukan/ gunakan piping bag atas Cup Cake yang sudah di "begger" (dipotong sedikit supaya rata, sebab kalau kembung sangat takut pulak nanti cup cake ni nampak membonjol cam gunung berapi nak meletup) atasnya agar senang nak spread dengan krim coklat kita tadi. Jangan lupa taburkan dengan manik manik atau apa saja bahan hiasan kek/ kuih mengikut gaya kreativiti masing masing.
Sedia untuk hidangan seisi keluarga.