Resources

Monday, February 6, 2012

PERBEZAAN ANTARA MAJERIN DAN MENTEGA

ADAKAH ANDA TAHU ... perbezaan antara marjerin dan mentega? Ianya terjawab, ketika leka melayari laman sesawang mencari info info menarik, maka terjumpalah saya akan info ini dan mendorong saya menulis semula di blog agar ianya dapat dikongsikan bersama bagi menambah ilmu kedapuran disamping ilmu kesihatan untuk seisi keluarga.

Berbalik kita pada topik di atas...

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepu, sebanyak 8 gram berbanding 5 gram. Memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut satu kajian Harvard Medical School.
Mentega - Google
Memakan MENTEGA meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin yang mempunyai sedikit sahaja, kerana ia adalah makanan tambahan. Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad lamanya sedangkan marjerin terhasil dan wujud selama lebih kurang daripada 100 tahun sahaja.

Majerin - Google
MAJERIN ... 
Adalah sangat tinggi dalam asid trans lemak.
Tiga kali ganda risiko penyakit jantung koronari.
Meningkatkan jumlah kolesterol serta LDL (kolesterol tidak baik), dan menurunkan kolesterol HDL (kolesterol baik).
Meningkatkan risiko kanser sehingga lima kali ganda.
Merendahkan kualiti susu ibu.
Mengurangkan tindak balas imun.
Mengurangkan sambutan insulin.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ...

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup untuk membuat anda mahu mengelakkan marjerin seumur hidup, serta apa-apa sahaja yang melalui proses hidrogenasi. (Ini bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan.)

Anda boleh cuba sendiri:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun kawasan yang bertutup/ gelap. Dalam masa beberapa hari, anda akan dapati dua perkara berikut:

Tiada akan ada lalat yang menghurung, tidak juga akan ada sebarang serangga perosak yang menjengkelkan yang akan hinggap. (Itu sudah seharusnya memberitahu sesuatu kepada anda, betuk tak?) Ianya juga tidak akan busuk mahupun bertukar bau, kerana ia tidak lansung mempunyai nilai nutrisi. Tiada apa-apa juga akan tumbuh di atasnya. Bahkan mikro organisma kecil tidak akan mencari rumah untuk tumbuh/ membiak. Mengapa? Sebab marjerin sangat hampir kepada plastik. Ngeri saya mendengarnya..

Jadi, adakah anda sanggup mencairkan bekas plastik dan menyapunya di atas roti anda? Emmmm ....fikir fikir kan..!








2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts