Resources

Thursday, January 26, 2012

PETUA CILI PADI APABILA DIMASAK TIDAK PEDAS DAN BISA

Cili Padi
 Ini dia petua yang saya katakan di halaman resepi Bendi Celur dengan Air Asam.

Kalau nak tahu saya dah amalkan petua ni dah lama dah. saya tanyakan dari orang orang tua kita.

Jumlah cili harus GANJIL misalnya 3, 5, 7 dan sebagainya. Selawat 7x. Tangkainya usah dibuang, kisar sekali atau hiris sahaja sudah memadai bagi menghilangkan rasa bahang pedas dan rasa bisa cili tersebut.

Insyallah dengan izinnya, akan berkurangan rasa pedas nanti. Kalau masih terasa pedas juga apabila selesai memasak, cuba jangan terus menghidang, tunggu untuk beberapa ketika, misalnya 1 - 2 jam barulah dihidangkan. 

Selamat mencuba!

BENDI CELUR DENGAN AIR ASAM

Bendi Celur dengan Sambal Air Asam
Ini pun boleh menjadi pelengkap hidangan makan tengah hari.

Bahan bahannya:-
10 batang Bendi (muda) - Air dididihkan dengan sedikit minyak dan garam)
Celur bendi sehingga masak, angkat dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air batu, bagi mengekalkan kesegaran dan juga warnanya.

Bahan untuk sambal cicah:-
11 batang cili padi hijau
1 inci belacan bakar
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji limau kasturi - diperah jusnya
1/2 gelas air asam pekat (menggunakan air suam/air masak)
Garam dan gula

Cara cara penyediannya:-
Di dalam satu mangkuk, satukan cili padi hijau dan belacan bakar yang sudah dikisar halus.
Masukkan juga bawang besar, perahan jus limau kasturi, air asam jawa, garam gula.
Kacau dan siap untuk dihidangka dengan bendi celur tadi.


NOTA
Kalau nak tahu kenapa saya menggunakan 11 batang cili padi, ikuti petua saya yang selanjutnya dalam segmen Petua Dapur.. ceewaaahhh... macam pengacara TV lak.. hehehehe..

SAMBAL JAWA

Sambal Jawa
Oleh kerana dah lama tidak menulis di blog sendiri, rasa macam excited nak masukkan banyak resepi malam ni. Itupun kalau mata ni larat lah...

So, malam ni saya nak bagi satu resepi yang terlaul ringkas, modal pun tak besar, dah lah tu, sedap yang teramat amat sehingga menjilat jari iaitu "Sambal Jawa". Ianya sedap kalau kena dengan nasi panas, tak payah lauk lain dah, jangan enter frame.. hehehe..

Cuba resepi ni baru tahu apa yang saya cakap ni betul ke tak... (tapi for those yang selera international tuu tak dapek den nolong derrrr..)

Bahan bahannya:-
200 gm ikan bilis halus (kalau dapat yang kasar/besar, gunting2 ler kasi halus), digoreng garing terlebih dahulu. 
50 sen cili padi hijau, dihiris menyerong
2 biji bawang besar dihiris halus
Minyak
Garam
1/4 gelas kecil air

Cara cara penyediaannya:-
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga bewarna kecoklatan seperti warna bawang goreng, tapi jangan sampai hangit pulak, nanti pahit rasanya.
Sesudah itu bolehlah dimasukkan ikan bilis, dan gaul rata.
Tuang air, kacau lagi. 
Biarkan sehingga mendidih dan kuah akan menjadi pekat apabila sudah sebati dengan minyak.
Perasakan dengan garam.
Siap!

Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas/ botel kaca. Ianya boleh disimpan dan tahan lama untuk dimakan berulang ulang. Makan dengan bubur nasi pun sedap. Sungguh menyelerakan. 

Menjadi lauk pelengkap kepada hidangan lain.


Tuesday, January 17, 2012

NASI AMBENG


Saya sangat menggemari Nasi Ambeng sejenis makanan masyarakat Jawa, teringat waktu kecik2 dulu, ada seorang makcik menjaja dari rumah ke rumah menjual nasi ambeng. Sekarang ni nak nampak kelibat pun susah. Semua gemar menjual hanya nasi lemak, nasi lemak dan nasi lemak......

Seingat saya dulu ada satu gerai di Perhentian Bas Kota Masai, ada makcik yang menjualnya, sedap sangat.. ya saya masih ingat. Masih meniaga lagi ke makcik tu... rugi kalau tak ada orang muda yang minat nak mewarisi cara penyediaan makanan 'berprestij' ni.. saya pun memang tak tahu cara nak masak nasi Ambeng ni, so saya google dan temuinya di laman http://www.tranungkite.net. Cubalah sendiri..








Bahan-bahan: (4 orang)

1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe (Masak macam resepi yang biasa tu laa..)
7. Talam
8. Daun pisang
Mee goreng Jawa:
Bahan-bahan:

Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen

Bahan bahan kisar:

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 biji buah keras
Kicap mee 4 sudu (agak2)
Lada kering 2 sudu
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
Letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam kisar asing sebab takut tak hancur)

Cara cara penyediaan:

Tumis bahan2 yang dikisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa:
Bahan-bahan:


Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
Jintan manis 1 jemput
1 sudu jintan putih
3 sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering dikisar
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dikisar sehingga halus

Cara Menyediakan:


Goreng kelapa tanpa minyak (sangai) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.

Tumis bahan2 yang dikisar sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.

Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.

Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

SOTONG BERLADA SUMBAT PULUT

Sotong Sumbat Pulut
Bahan bahan:-
1 cawan pulut, direndan dan disejat
100 gm gula merah
2 cawan santan
10 ekor sotong, dibersih dan diasingkan kepalanya
1 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih-dikisar
150 gm bawang merah- dikisar 
30 gm halia-dikisar
30 gm serai-dikisar
30 gm kunyit hidup-dikisar

50gm cili kering-dikisar
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara cara penyediaan:-
Kukus pulut hingga masak dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. 
Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau (sebahagian sahaja). 
Masukkan gula merah dan sedikit santan. Masak hingga pekat. 
Gaul bahan yang di tumis tadi bersama pulut hingga rata. 
Sumbat pulut ini ke dalam sotong dan berhati-hati semat sotong dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar ketika dimasak. 
Sementara itu, masak baki santan bersama cili kisar serta sebahagian lagi dari bahan kisar yang diketepikan, daun kunyit, garam dan gula hingga pekat atau hingga pecah minyak. 
Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan hingga sotong masak. 
Hidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, January 11, 2012

HOMEMADE ROTI PARATHA/ ROTI CANAI

Bahan-bahannya:-
1/2 kg tepung gandum
250 liter air *
1 biji telur *
3 sudu besar susu pekat manis *
1 sudu kecil garam halus *
1 sudu besar mentega *


Nota
Sediakan sedikit  tepung gandum untuk ditambah jika adunan tepung terlembik.

Cara-cara penyediaan:-
Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.

Mula menguli hingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit. Kemudian uli lagi selama lebih kurang 5 minit.

Ulang langkah langkah menguli sebanyak 3 kali. Selepas itu doh akan mula agak sedikit kental dan tidak melekat di jari mahupun di mangkuk adunan. 

Kalau masih dirasakan ianya agak lembik, bolehlah ditambahkan dengan sedikit tepung yang diketepikan tadi. Uli lagi. TAPI jangan terlebih menguli, ianya akan mengakibatkan roti paratha/ roti canai anda liat dan keras.


Sesudah semua proses lengkap, mula bentukkan doh  menjadi seperti sebiji bola tennis sambil dioles dengan mentega setiap sebiji agar tidak melekat apabila disusun di dalam bekas. Rehatkan bola bola tadi untuk selama 3 jam atau lebih sedikit dan boleh dicanai dan dikibar seperti yang biasa kita lihat di gerai gerai/ restoran mamak.

Goreng sehingga garing dan berwarna agak keemasan. Angkat dari kuali dan tepuk tepukkan dengan kedua tapak tangan supaya roti paratha/ roti canai kita gebu dan lembut. 

Cubalah... sedap dihidangkan bersama dengan kuah kari dal, sambal sardin ataupun sambal tumis.











Ianya juga boleh dibuat roti telur atau murtabak dengan hanya melengkapkannya dengan telur, bawang dan juga daging cincang. Tidak ketinggalan, roti tisu juga sedap dengan adunan ini.

(MAAF MUTU GAMBAR TIDAK MEMUASKAN)


Monday, January 2, 2012

DAGING MASAK BISTIK

Di rumah saya, kalau sudah terhidang di atas meja "Daging Masak Bistik" ni, dah tak perlu bersusah payah nak fikir hidangkan masakan lain... lauk ni saja dah pun mencukupi... jalan lajuuuuuu jew... jemput makan!

Daging Masak Bistik
Bahan bahannya:-

1/2 kg daging lembu (dihiris nipis2)
3 biji kentang (dipotong macam wedges & digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang kuning (juga dipotong wedges/ baji)
1 biji tomato segar (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 inci halia (dikisar)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam (kalau suka pedas, letaklah lebih)
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 tin kecil kacang peas
1/2 cawan air/ lebih (jika perlu)
Minyak
Garam & sedikit gula

Cara cara penyediaan:-
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan air diikuti dengan daging, masak hingga daging empuk. Tambahkan sedikit air (jika perlu sahaja).
  • Bila daging dah empuk, masukkan daun ketumbar dan perasakan masakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata.
  • Masukkan juga kentang, kacang peas 1/2 tin, bawang kuning dan tomato.
  • Kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan dengan taburan 1/2 tin lagi kacang peas tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts