Resources

Monday, December 26, 2011

KEK SUJI GEBU

Kek Suji
Bahan bahan
160 gm tepung suji (kisar halus)
180 gm susu segar penuh krim/ susu rendah lemak
250 gm mentega (saya selalu guna Buttercup)
170 gm gula kastor (kalau tak ada, ambik jew gula biasa, lepas tu, kisar halus)
5 biji kuning telur (telur size sederhana)
Secubit garam
120 gm tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri, serbuk penaik tu, tak payah letak lagi)
½ sudu kecil serbuk penaik
100 gm serbuk badam
1 sudu kecil esen vanila
3 biji putih telur (size sederhana)
60 gm gula kastor
Sedikit Gajus (jika ada/ suka)

Cara cara menyediakan:-
Mangkuk Adunan I
Pukul gula, mentega dan garam hingga gebu.
Masukkan kuning telur, satu persatu, dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan susu dan esen vanila, kacau lagi.
Masukkan tepung suji, tepung, serbuk penaik dan serbuk badam.
Pukul hingga sebati.

Mangkuk Adunan II
Pukul putih telur dengan gula kastor hingga gebu.
Tuang adunan putih telur ke dalam Adunan I dan kacau hingga sebati.

Tuang ke dalam loyang pembakar dan tabur gajus di atasnya (tapi, saya terlupa nak beli gajus).
Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.

Sunday, December 25, 2011

PETUA MELEMBUTKAN NASI LEMAK

Image courtesy of Google
Nasi lemak akan menjadi sedikit keras dan kering bila dah seharian. Jadi, di sini saya ada petua untuk dikongsikan bersama. Ianya untuk melembutkan, menggebukan dan memberikan lebih rasa pada nasi lemak. Lambat juga nak basi tau!

Cara caranya:-
Ikut aturan biasa memasak nasi lemak.
Selain garam, kita juga perlu masukkan sedikit gula pasir ke dalam periuk.
Kacau sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
Hasilnya, insyallah nasi lemak akan kekal lembut walaupun ianya sudah sejuk.
Rasanya, tetap enak. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

Thursday, December 22, 2011

RESEPI 3 DALAM 1

3 jenis kuih yang berlainan, dari 1 jenis adunan yang sama. Cubalah!


KUIH KERIA
Bahan bahan:-
Keledek direbus sehingga empuk dan dilecek
Tepung gandum 
Garam 
- Kesemua bahan diuli hngga lembut dan sebati.

Cara cara penyediaan:-
Ianya dibentuk menjadi seperti roda.
Digoreng dan disira dengan gula.
- Masak gula dengan sedikit air sehingga agak likat.
- Masukkan kuih keria, gaul rata, bila sudah agak seperti bertali, padamkan api tetapi terus balik2kan kuih sehingga gula beransur keras. Siap untuk menjadi hidangan minum petang anda.

(Maaf terlupa mana saya save gambar Cuq Badaq ni..)
KUIH CUCUR BADAK
Bahan bahan 
Keledek direbus sehingga empuk dan dilecek
Tepung gandum
Garam
- Kesemua bahan diuli hngga lembut dan sebati.

Inti
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
2 sudu cili kisar *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sudu besar udang kering *
2 batang serai *
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak
Garam & Gula
- Panaskan minyak dan tumis hingga wangi bahan *
- Masukkan kelapa parut, kacau hingga rempah sebati dengan kelapa
- Diikuti dengan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.
- Sejukkan inti terlbih dahulu.

Cara cara penyediaan:-
Bulat bulatkan adunan bersize sederhana dan isikan inti. Tekankan udang hidup di atas kuih (jika suka). Kemudian goreng hingga keemasan. Siap!



KUIH CEK MEK MOLEK


Bahan bahan (agak2 lah sukatan)
Keledek direbus sehingga empuk dan dilecek
Tepung gandum
Garam
- Kesemua bahan diuli hngga lembut dan sebati.

Sila rujuk resepi penuh di post yang terdahulu.
Dibentuk seperti buah kana dan berintikan gula pasir/ gula merah (citarasa suami saya)


Wednesday, December 21, 2011

KERANG MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan bahan
500gm kerang
15 tangkai cili padi (ikut citarasa pedas yang anda inginkan) *
1 inci kunyit hidup *
Sedikit serbuk lada hitam
1 keping asam keping
1 paket kecil kerisik
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - disiat kasar
1/2 sudu teh jintan manis *
1/2 sudu teh jintan putih *
1 mangkuk besar santan pekat
Garam
Gula

Cara cara menyediakannya
  • Cuci kerang bersih2 dan ketepikan.
  • Kisar halus bahan yang bertanda *
  • Jerangkan santan atas api sederhana dan masukkan bahan kisar, serai, lada hitam, kerisik, asam keping dan daun kunyit.
  • Kacau tetapi jangan sampai pecah santan... sekarang bolehlah masukkan kerang dan perasakan lauk kita.
  • Kacau sehingga nampak buih buih hampir naik ke atas.. kacau perlahan dan matikan api.
  • Tetapi masih terus kacaukan kuah bagi mengelakkan ianya pecah santan.
  • Siap sudaaaaaah.


Sunday, December 18, 2011

DONUT GEBU

Saya pasti ramai yang suka makan donut. Tapi kali ni saya nak ajak buat donut sendiri di rumah.

Bahan bahan
500 gm tepung gandum
75 gm gula castor
1 paket yis segera
3 biji telur
2 cawan susu segar (disuamkan)
75gm mentega
Secubit garam

Cara cara menyedia
Campurkan kesemua bahan kecuali susu segar suam.

Gaul dengan tangan (kalau nak guna mesin pun ok) sehingga menjadi ala ala serbuk roti.

Kemudian tuangkan susu suam dan uli sehingga tidak melekat di jari dan juga di mangkuk adunan.

Selepas itu rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit (tutup mangkuk adunan dengan tuala/ kain), tunggu sehingga adunan naik 2x ganda.

Bila adunan sudah naik 2x ganda, uli adunan secara perlahan selama 1 minit.

Kemudian canaikan adunan dan terap. Susun atas dulang yang ditaburkan dengan tepung gandum, agar tidak melekat.

Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng donut sehinggat berwarna keemasan dengan api yang agak perlahan. Sejukkan sebentar.

Cadangan hidangan - Boleh ditabur dengan gula castor, gula icing, coklat, manik/ urai dan macam macam jenis kekacang yang menjadi kegemaran masing masing.



KEK MARBLE EXPRESS

Hari ni, En. Husband bilang teringin nak makan kek kaler2 (En. Husband memang panggil kek kaler2 hehehe..). Tapi stock kaler garang2 pulak dah habis, tengah2 malam buta mana nak cari, so bantai jew la apa kaler yang tinggal walaupun pucat2  dan memucatkan kek..

Nak tau kenapa kek ni kita panggil Kek Marble Express, memang express pun nak adun, sebab guna blender, bunyi macam malas jew kan??? Tapi betul, memang kita guna blender aje. Cara cara dia boleh terus baca resepi kat bawah ni.
Bahan bahan
200 gm Tepung gandum 
250 gm mentega 
50 gm gula castor*
50 gm gula perang*
5 biji telur size sederhana*
1/4 sudu teh garam*
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh ovalette*
1 sudu teh vanilla*
1 kotak kecil susu full cream*
Pewarna kuih (ikut suka hati nak kaler apa pun..)

Cara cara
Masukkan kesemua bahan bahan yang bertanda * ke dalam jug pengisar. Kisar sehingga kesemuanya larut dan sebati.
Sementara itu, mentega dilembutkan dan campurkan tepung sedikit demi sedikit serta serbuk penaik, gaul rata.
Kemudian, tuangkan bahan kisar tadi ke dalam adunan mentega dan tepung. Kacau dengan perlahan sehingga adunan tidak berketul.
Ovan mesti dipanaskan terlebih dahulu - masukkan adunan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 30-45 minit atau sehingga masak. Heat indicator ikut oven masing2 kut.. sekitar 180-220 jew.
Kalau nak senang kerja, guna non-stick baking mould. Kalau guna loyang biasa, sapukan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung gandum, agar kek tidak melekat dan senang nak dikeluarkan nanti.


Thursday, December 15, 2011

PETUA DARI DAPUR


NASI SEJUK
Nasi sejuk (nasi semalam) yang tak habis boleh dikisar halus dan adunkan sekali dalam tepung cekodok, pastu goreng cam biasa. Gerenti sedap cekodok tu. Insyallah.




SERBUK PENAIK (BAKING POWDER)
Serbuk penaik kalau diletakkan sedikit dalam adunan lempeng ataupun cekodok (jemput jemput), boleh melembutkan apabila siap digoreng. Kalau dah sejuk pun masih tetap lembut dan sedap. Cubalah!


IKAN GORENG LEBIH SEDAP
Perahkan sebiji limau nipis/ kasturi ke dalam minyak panas, kacau. Baru masukkan ikan dan goreng sehingga garing.

Wednesday, December 14, 2011

CEK MEK MOLEK

Suami saya suka benar dengan kuih Cek Mek Molek. Kalau ikut resepi, intinya ialah dari gula pasir, tapi suami suruh saya begger lak, suruh letak inti gula melaka. Pernah saya mencuba, memang sedap dan rasa lemak gula melaka bila dikunyah dengan tepung keledek tu ternyata memang ngam rasanya. Tapi masalahnya ialah bila goreng terlebih panas suhu minyak gula akan bocor keluar dan akan mencomotkan kuih dan juga minyak menggoreng. Tapi, lain pulak dengan 'method' gula pasir, kalau bocor pun, masih nampak elok dan bersih je, minyak pun bersih. yang lebih penting lagi, rasa memang sedap tak lari lansung... So saya pun beritahu suami, "patutlah orang Kelantan tak nak letak inti gula merah/ gula melaka.. ni lah sebabnya.. apalagi senyum je laaa dia...! Tapi tak kesah lah..yang penting kuih ni ringkas dan sedap.. 

Bahan bahan
1 kg keledek (saya suka guna keledek oren) - rebus sehingga empuk, kemudian dilecek
Sedikit garam untuk air rebusan keledek
3 cawan besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Petua
Bagi melembutkan kuih Cek Mek Molek kita, saya akan letakkan sedikit serbuk penaik, dan uli bersama dengan tepung dan keledek. Insyallah lembut dan gebu bila siap digoreng. Kalau tidak..... mak ai.. bukan main liat lagi.. almaklum bila keledek lecek campur pulak dengan tepung gandum... Anak anak nak makan pun senang, kalau lembut kan?!

Inti
Gula Pasir

Cara menyediakan
  • Keledek lecek, diuli bersama tepung gandum dan sedikit serbuk penaik. Uli hingga sebati dan tidak melekat dijari dan mangkuk adunan.
  • Ambil sedikit adunan, letakkan sedikit inti, lalu dibentukkan menjadi bentuk bujur.
  • Susun didalam bekas yang sudah disapu dengan sedikit minyak masak (supaya ianya tidak melekat)
  • Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Cek Mek Molek sehingga berwarna keemasan atau sehingga masak.
  • Boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga dengan kopi 'o' panas... memang sedap..


EPOK EPOK (KARIPAP) PUSING

Tak tahu macam mana nak ceritakan asal nama epok epok tu.. tapi dari kecil lagi dah dengar emak dan sanak saudara menyebut "epok epok" so sampai ke tua ni pun saya masih panggil epok epok walaupun kadang kadang ada yang tak berapa faham apa yang saya minta sewaktu di gerai. Tapi cara dan rasa tetap sama. Suami dan anak anak, memang suka, sebab kata suami, ianya sangat rangup. Kalau nak cuba, jom....







Bahan bahan tapi sukatan ni, saya cuma agak agak ler untuk 1/2 kg tepung nyer adunan...
1/2 kg tepung gandum (bahagikan kpd 2 bekas)

Adunan I 
- Tepung gandum
- 3 sudu besar minyak campurkan dengan 1 cawan kecil air dan garam (panaskan)
- Uli kesemua bahan dan ketepikan (tutup dengan tuala)

Adunan II
- Tepung gandum
- 4 sudu besar buttercup (jenama lain pun tak apa)
- Uli kesemua bahan dan ketepikan (tutup dengan tuala)

Cara menggulung doh
- Ambil adunan I & II, bulatkan secara berasingan tetapi size mestilah adunan I tu lebih besar dari adunan II. 
- Bola dari adunan II dimasukkan ke dalam bola adunan I (Caranya dengan meleperkan adunan I di tapak tangan kemudian letak bola adunan II di atasnya, salutkan, dan bulat bulatkan balik biar ianya jadi sebiji bola besar)
- Canaikan setiap bola setebal kira kira 1cm. Gulungkannya memanjang. Simpan sebentar sebelum dicanai lagi.
- Kemudian, dari gulungan memanjang, setiap gulungan hendaklah dicanai sekali lagi tetapi dengan cara melintang pula, gulung lagi (seperti dalam gambar).
- Kemudian potong dengan pisau tajam setebal 1cm. Canai nipis, permukaan bawah diterbalikkan ke atas untuk diisikan dengan inti.
- Kelim dengan kemas, supaya ianya tidak terbuka sewaktu menggoreng.

Inti
3 biji kentang (potong dadu) (rebus sampai empuk)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar rempah kari daging
1 cawan daging kisar (kalau nak ayam pun ok.. kalau nak ala2 vegetarian pun boleh, tak payah letak daging/ayam) 
4 helai daun kari
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit daun sup (dicincang halus)
Minyak untuk menumis
Garam & Gula

Cara menyediakan inti
- Panaskan minyak, masukkan bawang putih, Bila agak kekuningan, tuangkan bawang besar dan daging, kacau rata.
- Diikuti dengan serbuk kari, daun kari, serbuk lada hitam dan kentang. Gaul.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali, taburkan daun sup. Angkat inti dan sejukkan.

Selamat Mencuba!

Sunday, December 11, 2011

RILEKS BADAN & MINDA


  • Ambil atau cuba cari masa ... walaupun beberapa minit .... dan bernafas dengan tenang sambil pejamkan mata. 
  • Berehat sama ada di rumah ataupun di tempat kerja (kalau di tempat kerja 5 ke 10 minit sudah memadai) jangan lak lelebih, kang bos hantar rileks betul kat rumah. 
  • Lebih elok jika kita mempunyai hobi masa lapang yang rileks dan berfaedah. 
  • Senaman dan berjalan jalan dengan kerap juga dapat membantu kita menjalani proses merilekskan badan dan minda. 
  • Mandi, kerana ianya menyejuk dan menenangkan. 
  • Mendengar muzik yang tenang. (tapi kalau mengaji Al- Quran lagi tenang setenang tenangnya jiwa...) 
  • Belajar untuk berehat dan BEREHAT dan BEREHAT.... 
  • Tutup TV sekurang kurangnya 1 jam sebelum masuk tidur....










Monday, December 5, 2011

BISKUT MENTEGA KACANG

Ini pun salah satu resepi kegemaran anak anak. Sangat ringkas penyediannya. Tidak semestinya bila tiba musim perayaan sahaja kita boleh menikmati biskut biskut enak ini, hari hari biasa juga boleh.. Apalagi, isikan balang balang kosong di dapur sekarang... :)

www.instructables.com
RAMUAN
1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam laut
1/2 cawan mentega tanpa garam (dilembutkan)

1/2 cawan gula pasir halus (untuk taburan)
1/3 cawan gula perang

1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 biji telur (size besar)

1/2 cawan mentega kacang (Creamy)

2 sudu mentega kacang (Chunky)



PENYEDIAAN

Ayak tepung (ketepikan)
Campurkan kesemua bahan (kecuali gula pasir halus)
Gaul rata
Bulat dan leperkan adunan gunakan garfu
Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit/ sehingga warna bertukar keemasan 

Sejukkan terlebih dahulu sebelum ditaburkan dengan gula pasir halus.
Siap!!

















DECOUPAGE PROJECT TERBARU SAYA

Buah Cempedak Di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya ni orang baru nak belajar
Kalau tersalah step decoupage tolonglah ajar...... 

ni lah hasilnya... saya try decoupage kat pinggan dan lampu meja dengan menggunakan fabric terpakai.








VERY EASY - DECOUPAGE TUTORIAL (NAPKIN)

CELERY, CHEESE & PARSLEY SOUP



Saya sangat menggemari cheese, apa sahaja jenis masakan yang ada menggunakan cheese (yang Halal) mesti menjadi kegemaran saya yang paling utama sekali.

So, apa kata kita mencuba resepi ini, memang sedap dan ringkas penyediaannya. Dihidangkan semasa ianya masih panas.


Sunday, December 4, 2011

BISKUT HALIA RANGUP

Bersempena dengan cuti sekolah, cubalah sendiri resepi biskut hasil dari resepi sehat untuk anak anak anda. Tapi kepada yang gemarkan biskut buatan sendiri sentiasa tersedia dalam balang di dapur anda, pun boleh mencuba. Ianya sangat ringkas tetapi penuh khasiat. Hasil dari pakar pemakanan di www.eatingwell.com. Saya dah mencubanya, memang sedap, apatah lagi ianya berasaskan halia, cukup baik untuk saya yang banyak angin dalam badan tapi bukan kepala angin tau!

Resepi dan Gambar dari sumber http://www.eatingwell.com/recipes/ginger_crinkle_cookies.html
RAMUAN
2/3 cawan minyak canola
1 1/2 cawan gula perang 
(1 cawan untuk adunan & 1/2 cawan pula untuk hiasan)
1 biji telur (size besar)
4 sudu besar pati gula (air gula pekat)
2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu teh soda bikarbonat 
1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis 
1 1/4 sudu teh serbuk halia 
1/4 sudu teh garam laut 

PENYEDIAAN
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu hingga 350 ° F.
Campuran minyak dan 1 cawan gula perang di dalam mangkuk yang besar dan kacau sebentar. Masukkan telur dan pati gula, kacau lagi. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk kayu manis, serbuk halia dan garam laut ke dalam mangkuk adunan tadi dan gaul sehingga ianya sebati. 

Letakkan 1/2 cawan gula baki di dalam mangkuk kecil. Bulat bulatkan doh sebesar bola berukuran 1 inci (diameter) dan golek golekkannya ke dalam mangkuk gula perang tadi sebelum menyusunnya di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci setiap satu (dulang pembakar sebaiknya di sapukan dengan sedikit minyak canola bagi mengelakkan biskut melekat). Jangan leperkan adunan. Biarkan kembang/leper dengan sendirinya apabila dibakar nanti.
Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dan bakar biskut sehingga masak (lebih kurang 15 minit), harus diingatkan bahawa biskut akan terasa seperti masih belum rangup ataupun masih lembut apabila disentuh, angkat dengan perlahan-lahan ke redai penyejuk, dan sejukkan lebih kurang 10-12 minit. Ianya akan rangup dengan sendirinya.

N
OTA 
Simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik selama 5 hari.

PEMAKANAN
Setiap keping ada mengandungi: 103 kalori; lemak 5 g (0 g duduk, 3 g mono); 6 mg kolesterol; 15 gkarbohidrat; 1 g protein; 1 g serat; 94 mg sodium; 38 mg kalium. 

Karbohidrat Hidangan: 1
Pertukaran: 1 karbohidrat , 1 lemak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular post

Recent Posts